Kali ni, entry As nk cerita mengenai Audition untuk Gelombang Baru yang telah diadakan semalam, dan hari ini keputusannya pun telah diumumkan. Lihat keputusannya dibawah. Tapi sebelum itu As nk ucapkan tahniah kepada semua koreografer yang terpilih dan penari yang terlibat untuk membuat persembahan pada malam itu nanti. Apa pun kepada mereka yang lain yang tidak terpilih, As juga ucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan you all.
Preview Gelombang Baru
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengah hari sebelum itu, As dan Hasmizan Abdul Hamid sempat pergi ke Sungei Wang Plaza dengan menaiki motornya (sambil merempit). Walaupun hujan ketika itu kami tetap gigih meredah... dengan tujuan membeli masker, shower cap, dua batang timun dan dua biji tomato... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah petangnya... Piece As untuk Gelombang Baru ni banyak menggunakan props. Al-kisahnya walaupun tajuk untuk piece ini tak pasti lagi tapi ia mengenai diri As dan kecantikan...
Lampiran Akhbar dan MajalahShampoo... tiada lagi rambut gugur
Women 100
Terima Kasih kepada penari As iaitu Taufek, Denny, Sufi, Mizan & Christine kerana sudi membantu As. jangan lupa saksikan Gelombang Baru pada 8-10 April 2011di Panggung Eksperimen Aswara.
salam ! tahniah sebab terpilih . teruskan usaha! tak sabar nak tengok perform budak2 tari aswara yang tersangatlah hebat nie! syabas untuk kejayaan women on top hari tu . =)
ReplyDelete