Followers

Monday, March 21, 2011

Dondang Sayang Melaka

Kali ini As nak kongsi sedikit info mengenai Dondang Sayang yang tidak asing bagi masyarakat Melayu Melaka, Chetti dan Baba Nyonya. Walaupun mereka berbeza tetapi mereka tetap mendendangkan Dondang Sayang mengikut cara yang sama.
Dondang Sayang atau disebut juga Dendang Sayang oleh orang Melaka membawa dua pengertian, bila disebut berdendang bermakna bernyanyi untuk bersuka-suka atau menghibur hati. Apabila disebut sayang akan membawa erti kasih iaitu melakukan dengan geraklaku yang lembut dan penuh mesra. 
Dari dua pengertian di atas maka bolehlah didefinasikan Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Ini bermakna nyanyian Dondang Sayang merupakan satu media atau satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh mesra.
Perasaan ini disampaikan dengan menggunakan pantun atau puisi klasik masyarakat Melayu Melaka. Penggunaan bahasanya terhad, tidak seperti bahasa pertuturan biasa yang boleh membangkitkan satu perasaan yang boleh membawa kepada permusuhan atau pergaduhan. Dalam ertikata lain pantun merupakan satu bentuk pengucapan yang boleh melindungi kata-kata yang keterlaluan atau yang tidak sedap didengar oleh mana-mana pihak. Tambahan pula dendangan Dondang Sayang membawa alunan lagu yang lunak, membuai perasaan sehingga membangkitkan suatu perasaan yang mengghairahkan. 

Puan Nyah Keling merupakan salah seorang pemantun dan penyanyi lagu-lagu penyanyi Dondang Sayang dan lagu2 Melayu Asli yang disegani di Melaka satu ketika dahulu. Begitu juga Rahim Jantan yang sepanjang hayatnya mengabdikan diri dalam memperjuangkan lagu2 Melayu Asli. Penyanyi lain antaranya yang masih aktif masa kini Nyonya Tan Abdullah, Abas Katan, Pak Baharin dan Mak Nona. Semua ni yang As kenal lah selain penyanyi2 muda yang masih lagi meneruskan tradisi ini.



No comments:

Post a Comment