Followers

Wednesday, March 16, 2011

Ritual

Di sini As ingin berkongsi sedikit maklumat iaitu Ritual dalam persembahan. Pelajaran yang As belajar hari ini dalam kelas Pengenalan Teori Persembahan.

Wayang Kulit antara kesenian yang memperliahatkan Ritual di dalam persembahannya.

Dalam teori persembahan Ritual dilihat sebagai satu perkara yang penting yang boleh dikaitkan dengan agama, kesenian dan budayaan dalam sesebuah masyarakat. Ritual didalam persembahan di Malaysia dipengaruhi oleh kepercayaan animisme dan kepercayaan Hindu iaitu sebelum kedatangan agama Islam. Kemunculan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi serta menghakis amalan ritual di dalam sesebuah persembahan. Ritual dalam persembahan kini dilihat menjadi pelengkap didalam membentuk stuktur sesuatu persembahan.

Ritual juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita (daily ritual) dan boleh dikatakan sebagai adat kebiasaan yang berkaitan dengan keperibadian seseorang atau kelompok masyarakat tertentu. Ritual melibatkan kepercayaan iaitu ritual yang dilakukan boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan. Ritual juga berkaitan dengan proses dan membawa perubahan kepada diri seseorang atau kelompok masyarakat. Contohnya amalan (ritual) berkhatan/bersunat akan mengalami proses yang membawa perubahan kepada seorang kanak-kanak kepada seorang remaja.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Witter Victor Turner (28 Meii 1920 - 18 Disember 1983) merupakan seorang ahli antrapologi budaya Inggeris. Beliau banyak mengkaji pada simbol, ritual dan upacara peralihan (rites of passage). Liminality merupakan antara teori yang diperkatakan olehnya. Liminality iaitu ruang di antara (the space in between) yang juga ada kaitan dengan ritual. Dimana anda akan merentasi suatu ruang ke tempat yang berbeza  dan anda akan menjadi orang lain. Proses ini akan membawa diri kita menjadi bukan diri kita seperti seorang pelakon yang melakonkan watak yang berbeza dan bukan dirinya. 


Menarikkan pelajaran yang As belajar dalam kelas kali ni. Sebenarnya ini merupakan cebisan dari apa yang As belajar, kawan2 mungkin boleh merujuk bahan2 yang lain untuk menambahkan lagi maklumat kawan2.

No comments:

Post a Comment