Followers

Saturday, March 26, 2011

Ice Room

Makan-makan di Ice Room Damansara selepas audition Nora Zain... bersama-sama K.sya, Fatin, Mizan, Mak Yong, Mamad, Sufi, Christine, Yang, Moon, Manja, Danny & Jai



























Wednesday, March 23, 2011

Audition : Gelombang Baru

Kali ni, entry As nk cerita mengenai Audition untuk Gelombang Baru yang telah diadakan semalam, dan hari ini keputusannya pun telah diumumkan. Lihat keputusannya dibawah. Tapi sebelum itu As nk ucapkan tahniah kepada semua koreografer yang terpilih dan penari yang terlibat untuk membuat persembahan pada malam itu nanti. Apa pun kepada mereka yang lain yang tidak terpilih, As juga ucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan you all.


Preview Gelombang Baru
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengah hari sebelum itu, As dan Hasmizan Abdul Hamid sempat pergi ke Sungei Wang Plaza dengan menaiki motornya (sambil merempit). Walaupun hujan ketika itu kami tetap gigih meredah... dengan tujuan membeli masker, shower cap, dua batang timun dan dua biji tomato... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah petangnya... Piece As untuk Gelombang Baru ni banyak menggunakan props. Al-kisahnya walaupun tajuk untuk piece ini tak pasti lagi tapi ia mengenai diri As dan kecantikan...
                                                 Lampiran Akhbar dan Majalah
Shampoo... tiada lagi rambut gugur

Women 100


 Terima Kasih kepada penari As iaitu Taufek, Denny, Sufi, Mizan & Christine kerana sudi membantu As. jangan lupa saksikan Gelombang Baru pada 8-10 April 2011di Panggung Eksperimen Aswara.

Monday, March 21, 2011

Dondang Sayang Melaka

Kali ini As nak kongsi sedikit info mengenai Dondang Sayang yang tidak asing bagi masyarakat Melayu Melaka, Chetti dan Baba Nyonya. Walaupun mereka berbeza tetapi mereka tetap mendendangkan Dondang Sayang mengikut cara yang sama.
Dondang Sayang atau disebut juga Dendang Sayang oleh orang Melaka membawa dua pengertian, bila disebut berdendang bermakna bernyanyi untuk bersuka-suka atau menghibur hati. Apabila disebut sayang akan membawa erti kasih iaitu melakukan dengan geraklaku yang lembut dan penuh mesra. 
Dari dua pengertian di atas maka bolehlah didefinasikan Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Ini bermakna nyanyian Dondang Sayang merupakan satu media atau satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh mesra.
Perasaan ini disampaikan dengan menggunakan pantun atau puisi klasik masyarakat Melayu Melaka. Penggunaan bahasanya terhad, tidak seperti bahasa pertuturan biasa yang boleh membangkitkan satu perasaan yang boleh membawa kepada permusuhan atau pergaduhan. Dalam ertikata lain pantun merupakan satu bentuk pengucapan yang boleh melindungi kata-kata yang keterlaluan atau yang tidak sedap didengar oleh mana-mana pihak. Tambahan pula dendangan Dondang Sayang membawa alunan lagu yang lunak, membuai perasaan sehingga membangkitkan suatu perasaan yang mengghairahkan. 

Puan Nyah Keling merupakan salah seorang pemantun dan penyanyi lagu-lagu penyanyi Dondang Sayang dan lagu2 Melayu Asli yang disegani di Melaka satu ketika dahulu. Begitu juga Rahim Jantan yang sepanjang hayatnya mengabdikan diri dalam memperjuangkan lagu2 Melayu Asli. Penyanyi lain antaranya yang masih aktif masa kini Nyonya Tan Abdullah, Abas Katan, Pak Baharin dan Mak Nona. Semua ni yang As kenal lah selain penyanyi2 muda yang masih lagi meneruskan tradisi ini.



Friday, March 18, 2011

Memori : Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan

Pertama kalinya As nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Shaurin Zainurin atas gambar2 yang sangat cantik ini. Terima kasih kepada Arev Nazrey yang bertindak sebagai pegawai pengiring dan berjaya menjalankan tugas dalam membantu kamiAs juga kepada kawan2 yang bersama2 menjayakan Citra Budaya Perpatih di Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada abang Walaupun penganjurannya
tidak memuaskan, dan As berharap acara ini akan dipertingkatkan lagi pada masa2 akan datang. Apa pun bagi As, program ini kami jadikan sebagai pengalaman serta medium mengeratkan hubungan sesama rakan, disamping peluang untuk As belajar sesuatu yang baru terutama mengenai kepimpinan dan pengurusan. Jom kita cuci mata dengan gambar2 yang As paparkan.

Berlatih sambil bergembira

     
Lompat si katak lompat...lompat lah tinggi2
                                

Jom makan2
                                    
Adik2 ni lapar sangat ker?
Adik2 ni pulak makan sambil berangan cantik...
       

         
 Fokusnya.... masing2 tengah gigih makeup
         
Kenapa tiba2 mama makeup pulak... nak cantik juga ya
   

         
Lepas ni murid2 mesti nampak cantik macam cikgu
     

         
Sabar ya semua, pastikan kita yang paling cantik sekali...

 Senyum...
Bersedia untuk menari piring 1000

 Group ASWARA


           
Boring la... apa kata kita buat macam ni...