Followers

Saturday, March 17, 2012

My Touch : Artis & Magazine

Alhamdulillah terlaksana juga akhirnya nak update blog ni. Sebelum ni blog ni SD tulis pasal aktiviti2 seni. Setelah lama tak tulis blog yang terbengkalai ni, akhirnya terasa nak tulis balik dan kali ni nak update pasal make up pulak. Make up ni kira hobi di masa lapang la, kerja tetap kerja, yang hakiki tetap perlu dilaksana, minat pon perlu diteruskan juga.

 So untuk post kali ni SD nk update antara hasil sentuhan keatas beberapa orang artis tempatan & make up di dalam majalah. Kepada semua seperti biasa, sebarang komen dialukan & jangan lupa tinggalkan komen anda ya. :)

             
Safura, Norzizi Zulkifli & Zehra Zambri

Fara Fauzana

Misha Omar

Untuk tempahan make up boleh lah menghubungi saya 0176252663
Facebook: Suhaib Daud
Page@Facebook: Suhaib Make Up & Beauty
Email:Suhaibswan@gmail.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Untuk tempahan make up boleh lah menghubungi saya 0176252663
Facebook: Suhaib Daud
Page@Facebook: Suhaib Make Up & Beauty
Email:Suhaibswan@gmail.com

Monday, May 16, 2011

PeTA Tari Diploma 2011





Masa
29hb Mei · 8.30 ptg - 11.30 ptg

Lokasi
Panggung Eksperimen, Aswara

Dianjurkan Oleh

Maklumat Lanjut
Final project from ASWARA's Dance Faculty Diploma Student

16 Students
7 Traditional pieces
2 Choreographies
2 Contemporary pieces
in ONE night

FREE ENTRY


Penilaian Tahun Akhir daripada pelajar Diploma Fakluti Tari ASWARA

16 Pelajar
7 Tarian Tradisional
2 Koreografi
2 Kontemporari
didalam SATU malam

MASUK PERCUMA

Monday, April 25, 2011

Showbiz : Wave of new talents

single
Aswara students displayed their choreography skills at a recent showcase. SUBHADRA DEVAN came away impressed
EXCITED by the promise of new dance choreography by Generation Y talents, I checked out 10 dance performances by diploma and degree dance students of Aswara (National Arts Culture and Heritage Academy) at its campus in Kuala Lumpur.

The showcase, called Gelombang Baru, is the dance faculty’s project that began 10 years ago as a platform for young choreographers to hone their skills. Young names who have emerged from this initiative include Lex Balakrishnan, now resident choreographer at the Kuala Lumpur Performing Arts Centre. The showcase delivered both hits and misses.

Hit! B.U.T. was a piece undemanding of profound reflection from the viewer. The ensemble seemed to have fun as it acted and danced to the concept of what is beauty, the products used, and what makes it such to the beholder. Sounds deep, but the youth made good use of the hall — the seats and aisles — for the dance. 
Near Hit! Homemaker by Glorai Patie.
It seemed a take on the Nicole Kidman film Stepford Wives. Robotic and homogenous in their movements of a housewife doing chores, the three female dancers did well with their synchronised steps. The three male dancers as the loving or irate husbands leapt and spun their secondary roles with verve. The dance asked: With all the work they do, are homemakers happy? The dance ended with the wives becoming robots on the verge of malfunction. Cute, but a tired concept. Miss! Naim Syahrazad’s energetic piece, Genuine. The tale was of two friends, goofing around and building up trust. Inexplicably, as in real life, trust disappears. Naim danced with ballet skills which contrasted well with his peer Mohmad Aziz Mansor’s muscular contemporary moves. But there was too much running around, literally, which made boredom creep in as I wondered if the dancers were ever going to finish their routine.
Hit! Vivian Chai’s well-planned Cicak. 
Performed by Chai, Chia Yan Wei and Ng Xinying, the dance asked: What happens if a lizard enters a human’s brain? This fun concept called for lizard-like moves, with the dancers in a striking cobra stance. The dancers showed sinuous and supple strength, making their lizard impressions believable. The choreography had the added dimension of a short film of these dancers pretending to be lizards, coming out from a picture frame. It went well with the dance, and the message — that lizard takes over man — rang loud. 
Near Hit! Figura by second-year degree student Fairul Zahid. 
Performed by Fairul, Azizi Mansor and Kishore Kumar, the piece was a fluid story of synchronised balletic movements, with a live music ensemble.

The singer’s voice was ethereal, even though she only vocalised notes. As she sang, there was a sense of a partnership being built with the dancers, as they leapt with intent. At the end, the dancers interacted with the musicians, ending with the singer putting a songkok on a dancer’s head. I liked the interaction, which I felt was a step to another level of dance performance. But the act of putting the songkok still escapes me. Promising, nonetheless.


Read more: Showbiz: Wave of new talents http://www.nst.com.my/nst/articles/Showbiz_Waveofnewtalents/Article/#ixzz1KXDx4v2l

Thursday, April 21, 2011

Mak Yong - Raja Bongsu Sakti


MAK YONG “RAJA BONGSU SAKTI”
Tarikh & Masa : 22 – 24 April 2011 @ 8.30 malam
Tempat            : Panggung Eksperimen, ASWARA

Sinopsis
Mak Yong Raja Bongsu Sakti mengisahkan tentang seorang anak raja yang bernama Raja Bongsu Sakti
iaitu putera kepada Permaisuri Anderawati di sebuah negeri kayangan Pelengge Cahaya. Raja Bongsu
Sakti terlalu merindui bondanya kerana semenjak berkahwin, mereka tidak pernah bertemu.
Oleh itu, Raja Bongsu Sakti dan isterinya yang rupawan, Puteri Ucana Muda kemudian bertekad untuk
pulang bertemu dengan bonda mereka dengan menaiki sebuah jong (kapal). Dalam pelayaran pulang ke
negeri Pelengge Cahaya, mereka tiba-tiba diserang oleh Jin Selangkah Tunggal yang cuba merampas
Puteri Ucana Muda. Dapatkah mereka mengatasi cabaran yang tidak diduga ini? Sama-sama kita
saksikan kesudahannya

Wednesday, April 13, 2011

Projek Koreografer Muda Antarabangsa

Pelajar Aswara tagih bantuan

MOHAMED Naim Syah Razad Mohd. Zain (kiri) dan Mohamad Ershad Mohd Azalan bersama Dr. Mohamad Rafi Ahmad Eshaq di Aswara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) boleh berbangga kerana memiliki pelajar seperti Mohamed Naim Syah Razad Mohd. Zin yang kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang tarian di akademi itu.
Bukan setakat berbakat dan cemerlang dalam pengajiannya, malah siswazah berusia 23 tahun itu juga terpilih mewakili negara ke pertandingan Projek Koreografer Muda Antarabangsa di Kaohsiung, Taiwan bermula 3 Julai ini.
Sayangnya, pelajar Fakulti Tari Aswara itu kini berdepan dilema apabila tiada pihak yang mahu menaja tiket penerbangannya sepanjang 21 hari dia menyertai pertandingan tarian yang bertaraf antarabangsa itu.
"Saya bingung memikirkan daripada manakah saya boleh mendapat penajaan bagi menaja tiket penerbangan saya ke Taiwan yang kosnya mencecah RM5,000. Saya berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.
"Setakat ini Aswara hanya menanggung kos penginapan termasuklah elaun Aswara sebanyak AS$800 dolar (RM2,400) sepanjang hampir sebulan saya berada di sana nanti. Saya masih ada tiga bulan bagi mendapatkan tajaan itu.
"Kalau tidak saya terpaksa melupakan hasrat saya untuk bertanding dan mengharumkan nama negara pada pertandingan itu. Saya harap ada pihak yang sudi membantu saya," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.
Pada pertemuan selepas namanya diumumkan mewakili negara dan Aswara ke pertandingan yang akan diadakan di Tsoying High School, Kaohsiung, Taiwan itu, Mohamed Naim berkata, dia tidak akan berputus asa.
Sebaliknya, dia akan berusaha mencari duit dan penaja bagi melangsaikan bayaran tiket penerbangannya ke Taiwan demi memenuhi impiannya mencipta kejayaan dalam bidang tarian di peringkat antarabangsa.
"Saya faham dengan Aswara yang kekurangan bajet. Saya harap semua pihak juga faham kerana saya pergi ke Taiwan kerana menggalas nama negara. Saya telah berbincang dengan dekan Fakulti Tari Aswara, Josep Gonzales.
"Kami akan mencari jalan bagi mengatasi masalah itu. Ini pertandingan yang penting buat pelajar seperti saya kerana pada pertandingan itu seramai lapan peserta dari enam negara terpilih bertanding termasuklah saya," jelasnya.
Tambah Mohamed Naim, penyertaannya ke pertandingan itu dari 3 Julai hingga 24 Julai itu berdasarkan pemilihan penganjur selepas dia menghantar penyertaan dalam bentuk visual tarian yang bakal dipersembahkannya kelak.
Berlainan pula halnya dengan mahasiswa Fakulti Muzik Aswara, Mohamad Ershad Mohd. Azalan yang kini mengikuti pengajian peringkat diploma di akademi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu.
Mohamad Ershad bolehlah dianggap bernasib baik kerana dia berjaya mencuri perhatian Yamaha Music yang sudi menghulurkan biasiswa bagi membiayai pengajiannya di Aswara atas kecemerlangan dalam pengajiannya itu.
"Saya bernasib baik kerana Yamaha Music sudi menghulurkan biasiswa kepada saya bagu meneruskan pengajian saya melalui Yamaha Music Foundation dan Yamaha Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sementara itu, Dekan Fakulti Muzik Aswara, Ayob Ibrahim berkata, dia bangga kerana pelajarnya itu berjaya mengetengahkan bakat dan pengajian yang cemerlang sehingga mendapat perhatian daripada organisasi muzik terkemuka itu.
Beliau berharap pada masa depan Aswara melalui Fakulti Muzik akan melahirkan lebih ramai graduan dan pemuzik berpengalaman melalui pelbagai program yang diadakan di akademi seni tempatan paling terkemuka tersebut.
"Aswara sentiasa memberi sokongan kepada para pelajar kami termasuklah dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Antaranya dengan menjemput pemuzik atau pensyarah muzik dari luar negara dalam kuliah-kuliah yang diadakan di sini.
"Contohnya, Aswara telah menjemput pemain gitar terkenal Perancis, Arnauld Fillion dan pemain piano Jepun, Tae Nabatame bagi mengajar serta mengadakan persembahan di Aswara pada 9 April lalu secara percuma.
"Malah, orang ramai juga hadir bagi menyaksikan persembahan Arnaud Fillion itu secara percuma. Cuma Tae Nabatame tidak dapat datang kerana berdepan masalah ekoran bencana tsunami di Jepun," jelasnya.
Persembahan Arnauld Fillion dan Tae Nabatame anjuran bersama Aswara, Alliance Francaise de Kuala Lumpur dan Yayasan Jepun Kuala Lumpur.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Aswara, Prof. Madya Dr. Mohamad Rafi Ahmad Eshaq dan Penyelaras Kebudayaan, Alliance Francaise de Kuala Lumpur, Marine Moncaut.