Followers

Friday, February 11, 2011

Siapa Miskin? Siapa Kaya?


Untuk AS (AkarSeni) kali ini nk menulis mengenai satu falsafah yang telah dilafazkan (katanya) oleh Pak Suhaimi @ Suhaimi Magi dlm kelas piring semalam iaitu “Biar kita miskin dgn apa yg kita ada, dari kaya dgn benda yang bukan milik kita” Hurrrmmm apa maksudnya tu?
Falsafah ini menerangkan tentang walaupun kesenian yang kita ada ini tidak la seperti budaya luar iaitu àmerujuk kepada barat(teknik tari moden). Tapi apa yang kita ada ini lah yang perlu kita perkayakan dan bukan berbangga dgn memperkayakan budaya luar... Faham x? X faham ? kasihann... hehehe.... mcm tu la lebih kurang maksudnya. Kita boleh belajar, menggunakan teknik mereka, tp bukan mengagung2 kn sehingga mengetepikn apa yg kita ada.
Budaya Belajar
Lagi yang diperkatakan yang AS ingat ialah belajar ialah budaya belajar tetapi bukan budaya menghafal. Contohnya apa bila kita belajar selalunya kita akan menghafal tetapi kita tidak membudayakn gerak itu di dlm badan. Jadinya bila kita menari kita menghafal gerak sahaja, tetapi tidak membudayakn gerak itu di dlm badan... Faham x? X faham ? kasihann... Contoh yang lebih jelas ialah Kita semua ambil SPM kn... kita hafal x soalan yang keluar masa SPM tu? Jawapannya x kn... Tp cara kita belajar utk menjawab soalan itu kebanyakkn nya dari menghafalkn utk mnjawab soalan itu. So x hafal soalan tu tp hafal jawapan utk mnjawab soalan itu...(AS tau la bukan semua yg buat cam tu kn, tp tu contohnya ya....)
Budaya Belajar =Belajarà MempelajariàMengenaliàMemahami-à Menguasai--à Menjiwaià Mendalami.

No comments:

Post a Comment