Followers

Wednesday, March 16, 2011

Ritual

Di sini As ingin berkongsi sedikit maklumat iaitu Ritual dalam persembahan. Pelajaran yang As belajar hari ini dalam kelas Pengenalan Teori Persembahan.

Wayang Kulit antara kesenian yang memperliahatkan Ritual di dalam persembahannya.

Dalam teori persembahan Ritual dilihat sebagai satu perkara yang penting yang boleh dikaitkan dengan agama, kesenian dan budayaan dalam sesebuah masyarakat. Ritual didalam persembahan di Malaysia dipengaruhi oleh kepercayaan animisme dan kepercayaan Hindu iaitu sebelum kedatangan agama Islam. Kemunculan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi serta menghakis amalan ritual di dalam sesebuah persembahan. Ritual dalam persembahan kini dilihat menjadi pelengkap didalam membentuk stuktur sesuatu persembahan.

Ritual juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita (daily ritual) dan boleh dikatakan sebagai adat kebiasaan yang berkaitan dengan keperibadian seseorang atau kelompok masyarakat tertentu. Ritual melibatkan kepercayaan iaitu ritual yang dilakukan boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan. Ritual juga berkaitan dengan proses dan membawa perubahan kepada diri seseorang atau kelompok masyarakat. Contohnya amalan (ritual) berkhatan/bersunat akan mengalami proses yang membawa perubahan kepada seorang kanak-kanak kepada seorang remaja.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Witter Victor Turner (28 Meii 1920 - 18 Disember 1983) merupakan seorang ahli antrapologi budaya Inggeris. Beliau banyak mengkaji pada simbol, ritual dan upacara peralihan (rites of passage). Liminality merupakan antara teori yang diperkatakan olehnya. Liminality iaitu ruang di antara (the space in between) yang juga ada kaitan dengan ritual. Dimana anda akan merentasi suatu ruang ke tempat yang berbeza  dan anda akan menjadi orang lain. Proses ini akan membawa diri kita menjadi bukan diri kita seperti seorang pelakon yang melakonkan watak yang berbeza dan bukan dirinya. 


Menarikkan pelajaran yang As belajar dalam kelas kali ni. Sebenarnya ini merupakan cebisan dari apa yang As belajar, kawan2 mungkin boleh merujuk bahan2 yang lain untuk menambahkan lagi maklumat kawan2.

Sunday, March 13, 2011

Unta Oh Unta

Anak Unta : Mak nak tanya sikit boleh tak?
Mak Unta : Boleh....
Anak Unta : Mak kenapa badan kita berbonggol? Adik rimas la...
Mak Unta : Bonggol ni tmpt kita menyimpan air... jadi bila kita jalan jauh di padang pasir,kita tak cepat haus...
Anak Unta : Mak kenapa bulu mata kita panjang?
Mak Unta : Sebab.. bila kita berada di gurun, kadang2 ada ribut pasir... dengan bulu mata kita yang panjang ni, akan menghalang pasir dari masuk ke dalam mata. (dalam hati~ kalau debu masuk mata pakailah Eyemo...)
Anak Unta : Mak kenapa kaki kita panjang?
Mak Unta : Di kawasan gurun, kaki yang panjang memudahkan kita berjalan di atas pasir... (model2 kan semua kaki panjang2... sambil berangan felling2 Tyra banks)
Anak Unta : Hmmm...tapi mak...tapi...
Mak Unta: Tapi... tapi apa lagi?  (dalam hati nak je aku lempang budak ni)...Apa dia?
Anak Unta : Tapi kan kita kat dlm Zoo...bukannye kat padang pasir?.. so tak gunalah kaki panjang, bulu mata ngan bonggol ni..ye mak!

Mak Unta bengang....lalu menjeliling dan meninggalkn anaknya.... 
Anak Unta terkebil2 kebingungan...

Monday, March 7, 2011

Gambar-Gambar Malam Kreasi Baru

Dua koreografi As untuk Malam Kreasi Baru :Sayangku Nyonya & Joget Cak Kun Cak. Dibawah ini As paparkan beberapa keping gambar yang menarik ada Malam Kreasi Baru minggu lalu. Terima Kasih kepada James Quah, atas gambar2 yang menarik...

Penari Sayangku Nyonya : Zainorin, K.fini, Xing Ying, Fatin, Yap Tze Kuan, Nad & Atilia
Penari Joget Cak Kun Cak (Lelaki) : Mamad, Khairi, Sufi, Taufek, Mizan, Danny, Azmie &Naim
Penari : Joget Cak Kun Cak (Perempuan): Rizie, Yap Tze Kuan, Fatin, X'tine, Zira, Syasha, Munirih & Xing Ying



     

Sayangku Nyonya : Suhaib Daud, Sinopsis: Gerakan yang diispirasi dari kehidupan masyarakat Baba Nyonya, yang memfokuskan kepada kecantikan dan kesantunan gadis Baba Nyonya. Pencampuran elimen tradisi Melayu dan Cina, menjadikan masyarakat peranakan ini, mempunyai keistemewaan budaya mereka sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Joget Cak Kun Cak : Suhaib Daud, Sinopsis : Tarian kreasi baru karya Razin Ahmad dan diolah semula oleh Suhaib Daud. Kreasi baru joget diinspirasikan dari joget lambak melaka. Cak Kun Cak mengangkat tradisi msyarakat majmuk yg terdapat d negeri melaka. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarian-tarian lain yang dipersembahkan pada Malam Kreasi Baru....



Gamelanku Sari : Norsafini Jaafar
Budding Lotus : Wong Kit Yau 
Inang Renek
Zaina Alzina : Nur Masniza
Kuda Pasu : Suhaimi Magi
Main Peteri : Hazlami
Inuman Kasuban A'gle : Al Jabar
Jathilan Gemblak : Ekmal Yusof
Tandak Bergambeh : Gloria Patie
Zapin Titar Beranak: Seth Hamzah

Jutaan terima kasih kepada semua yg membantu serta memberi sokongan dalam menjayakan Malam Kreasi Baru... Melangkah ke hadapan bersama tradisi...


Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan

Petang tadi As baru sahaja menjalani latihan tarian piring untuk Citra Budaya Adat Perpatih yang akan diadakan pada minggu ni di Negeri Sembilan. Tarian Piring itu akan dicatatkan dalam "Malaysian Book Of Record",As bersama-sama rakan2 mewakili ASWARA untuk persembahan itu. Selain ASWARA, kumpulan lain yang terlibat ialah dari tuan rumah sendiri (N.9),Indonesia, Melaka, Perak, UKM, USM dll..Kita Jumpa disana....
Klik untuk besarkan image

Saturday, March 5, 2011

Malam Kreasi Baru ASWARA-Promo



Terima kasih As nk ucapkan kpd Mohd Hanafi Bin Rosdi kerana sudi menyediakan promo utk Malam Kreasi Baru ini... kpd rakan2 yg tidak sempat lg menonton prsmbahan ini, As harapkan dpt dtg beramai2 menyaksikan serta memeriahkan lagi persembahan ini....Untuk prsmbahan ini, As telah koreograf dua prsmbahan iaitu Sayangku Nyonya dan Joget Cak Kun Cak.... Antara prsmbahan lain ialah Pasu oleh Suhaimi Magi, Zapin Titar Beranak oleh Seth Hamzah, Budding Lotus oleh Wong Kit Yau, Joget Gamelanku Sari oleh Norsafini Jaafar, Angin Peteri oleh Hazlami, Inuman Kasuban A'gle oleh Al Jabar, Tandak Begambeh oleh Gloria Patie, Jathilan Gemblak oleh Ekmal Yusof dan Inang Renek... jgn lupa saksikannya...